Monday, 13 August 2012

Tugasan keenam




Course assignment:
Get into your group and propose ONE mutually agreed gameplay space your game.
Elaborate how the space can be designed and developed

            Antara tajuk permainan dalam kumpulan saya ialah "LUCK". Permainan ini adalah dimainkan secara menggunakan kad iaitu permainan yang kumpulan saya reka mempunyai 5 jenis kad. Dimana kad ini merupakan Avatar dalam permainan ini yang mana kad tersebut di pegang oleh pemain. Antara kad yang terdapat dalam permainan kumpulan saya ialah (DAISY, LEAF, LOVE DAN HOME) dan disamping itu satu kad lagi ialah kad denda.

               Selain itu dalam permainan yang kumpulan saya reka juga terdapat "GAME SPACE" seperti "LINEAR". Game Space seperti Linear yang terdapat dalam permainan ini ialah pemainan ini hanya boleh dimainkan secara bergilir-gilir oleh pemain contohnya pemain pertama dahulu mula, selepas itu pemain kedua, ketiga dan akhir sekali pemain keempat.

       Oleh itu untuk membangunkan Game Space dalam permainan ini adalah saya menggunakan satu papan permainan yang bersaiz A3 dan diatas papan tersebut saya telah membuat 5 petak yang mana 4 petak tersebut adalah untuk 4 pemain meletakkan kad yang dipilihnya nanti dan satu petak lagi yang kedudukan ditengah adalah untuk meletakkan kad denda iaitu berwarna merah. Kad denda ini adalah untuk memberikan kepada pemain yang melakukan kesilapan semasa bermain.




Tuesday, 7 August 2012

Tugasan Ketujuh




Reflect on the games your played, and then discuss how the narrative tips contribute to the success of these games.


GAME MILLIONAIRE





SINOPSIS PERMAINAN MILLIONAIRE

   Antara sinopsis permainan "Millionaire" ialah permainan ini penceritaannya adalah berkaitan dengan permainan yang dilaksanakan kepada semua orang tidak kira peringkat umur untuk bermain permainan ini. Permainan ini adalah sejenis soalan yang mana pemain perlu memikirkannya untuk menjawabnya. Disamping itu, permainan ini juga turut memberi petunjuk kepada pemain bagaimana untuk menyelesaikan satu-satu soalan yang agak susah pemain rasakan. 

MATLAMAT PERMAINAN MILLIONAIRE

    Antara matlamat permainan "Millionaire" ialah untuk meningkatkan lagi daya pemikiran atau intelektual pemain apabila bermain permainan ini. Hal ini kerana semasa pemain bermain permainan ini pemain perlu berfikir apa jawapan kepada soalan yang ditanyakan. Disamping itu, matlamat dalam permainan ini juga adalah apabila pemain berjaya menjawab setiap soalan yang dikemukakan pemain tersebut akan mendapat ganjaran contohnya mendapat score yang tinggi dimana setiap soalan mata akan diberi sebanyak 200.

HALANGAN PERMAINAN MILLIONAIRE

   Antara halangan yang terdapat dalam permainan "Millionaire" ialah pemain harus menghadapi pelbagai halangan biarpun halangan yang dilalui itu sangat sukar contohnya pemain akan menghadapi pelbagai soalan yang susah dan sukar untuk diselesaikan dan  halangan lain ialah pemain akan menghadapi dengan kesuntukkan masa untuk menyelesaikan setiap soalan yang diberi.

KONFLIK PERMAIAN MILLIONAIRE

   Antara konflik yang terdapat dalam permainan "Millionaire" ialah apabila pemain tidak dapat menyelesaikan soalan-soalan yang sukar maka pemain tersebut akan mengalami kekalahan. Oleh itu ini akan memberikan konfilk kepada pemain tersebut seperti pemain akan berasa sedih dan muram kerana kalah dalam permainan ini. Oleh itu pemain perlu berusaha lebih untuk memenangi  dalam sesuatu perkara yang diceburi.




Course assignment:
Get into your group and develop ONE narrative idea for your game by following the Vogler’s Synopsis of the Hero’s Journey.
Elaborate how the story can turn into paper-based game and digital game. 

NARATIF UNTUK PERMAINAN KUMPULAN SAYA:

                                    Tajuk permainan kumpulan ialah LUCK

-       Hans Thomas dan bapanya  dalam perjalanan  melalui Eropah, dari Norway ke Greece - tempat kelahiran falsafah - mencari ibu mereka, Hans Thomas yang telah ditinggalkan ibunya  bertahun-tahun sebelum ini.Dalam perjalanan, Hans Thomas menerima sebuah buku misteri kecil  yang bertajuk memoir hebat kelasi kapal karam pada tahun 1842 di sebuah pulau yang pelik di mana pemilik kad datang untuk meminta “life”.Setiap bab adalah salah di dek - "Misteri Solitaire "menyusuri bersama fantasi dan realiti, cerita dongeng dan sejarah keluarga. Penuh persoalan tentang makna kehidupan, ia akan merangsang pendengar meneliti semula diri mereka sendiri.






Tugasan Kelima




Choose a game that consists  of narrative with characters, list the functions of each character.



MARIO SPORTS MIX (dodgeball)

            Permainan yang saya rujuk ialah bertajuk MARIO SPORTS MIX. Permainan ini boleh dimainkan secara free melalui online. Permainan Mario sports mix ini boleh dimainkan kepada semua golongan tidak kira umur dan jantina. Dimana dibawah ini saya telah menyenaraikan beberapa fungsi watak yang terdapat dalam permainan Mario sports mix yang saya pilih.

MARIO (HERO)

MSMsmallMario.png
- Mario merupakan watak utama dalam permainan ini
- Fungsi Mario dalam permainan ini adalah tembakan letupan Mario menjadi sasaran dalam permainan ini untuk menghadapi sesuatu keadaan untuk melawan sasaran.
- Tembakan boleh disekat oleh kekerasan, tetapi boleh tergelincir ke dalam gol jika watak gagal untuk memegang. Dodgeball, letupan itu mempunyai jejari yang boleh memukul lawan yang berdekatan.

LUIGI (Pihak Lawan)

MSMsmallLuigi.png
- Antara fungsi Luigi dalam permainan ini ialah cuba untuk menyedut aksara ke arahnya semasa dia menggunakan Poltergust beliau 3000. Selepas dia menarik mereka masuk, dia membuat tembakan pada sasaran. Lawan ditangkap cukup lama dalam sedutan perjalanan dan tidak dapat mempertahankan daripada pukulan.

YOSHI (Pihak Lawan)

MSMsmallYoshi.png
-  Antara fungsi Yoshi dalam permainan ini ialah Yoshi membaling bola dalam garis pelangi melenting satu. Garis pelangi cepat berubah di mana ia akan ke tanah, mungkin mengelirukan pemain. Dalam bola keranjang dan dodgeball, ia tidak merupakan salah satu tetapi dua bola melenting menuju ke arah matlamat mereka, dan mereka berdua mesti disekat atau dielakkan. Walau bagaimanapun, bola keranjang satu daripada bola adalah denak dan tidak dikira jika ia mencapai matlamat.

MII (Pihak Lawan)

Mii-CSS-MarioSportsMix.png
- Antara fungsi Mii dalam permainan ini ialah ialah membina tenaga kerana ia bertujuan untuk membuat matlamatnya. Apabila bola dalam tanah dalam dodgeball, ia menghantar jejari letupan daripada boleh melanda sesiapa sahaja di dalam radius letupan. Aksara boleh menghentikan tembakan di sukan-sukan lain cara yang sama seperti bagaimana Mario membuat pukulan.







Continuation of the course assignment:
— Get into your group and propose at least four characters for your game.
 —Elaborate the functions of each character. 
    
                Tajuk permainan dalam kumpulan saya ialah "LUCK". Watak yang terlibat dalam permainan yang saya ciptakaan ini adalah terdapat 4 watak iaitu watak pertama, watak kedua, watak ketiga dan watak keempat.

1. Watak pertama:
       - Pemain pertama merupakan pemain yang memainkan watak yang penting dalam memulakan permainan ini. Dimana fungsi pemain pertama adalah menghidupkan permainan ini. Antaranya pemain ini perlu memberitahu kepada pemain-pemain lain bahawa apa jenis kad yang die ingin kemukakan. Disamping itu, pemain pertama tadi juga boleh membuat gimik seperti yang dikemukakan tidak sama dengan kad yang diberitahu. Oleh itu jenis kadyang diberi tahu berbeza dengan kad yang kemukakan kepada pemain-pemain lain. Ini merupakan satu cabaran kepada pemain-pemain lain.

2. Watak kedua:
     - Fungsi pemain kedua adalah pemain ini hanya perlu mendengar dengan baik apa yang dikatakan oleh pemain pertama kad jenis apa yang pemain pertama ini letak atas papan permainan. Oleh itu pemain kedua perlu peka untuk mendengar dan melihat kad apa yang pemain pertama ingin letak pada papan permainan. Hal ini adalah agar ia tidak sama dengan kad pemain pertama untuk mengelakkan dari mendapat kad denda (merah).

3. Watak ketiga:
     - Fungsinya juga sama dengan watak kedua dimana pemain ini hanya dengar apa yang dikatakan oleh pemain pertama agar ianya tidak berlaku pertembungan kad yang sama dengan pemain pertama. Hal ini adalah untuk mengelakkan dari mendapat kad denda.

4. Watak keempat:
     - Fingsi watak keempat juga sama dengan pemain-pemain lain kecuali tidak sama dengan fungsi pemain pertama. Dimana watak ini perlu peka untuk mendengar dan melihat kad jenis apa yang akan diletak oleh pemain-pemain lain di atas papan permainan. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada mendapat kad denda (merah).

Tugasan Keempat




With  reference to a game that engaged you before, identify the interaction model(s).


PERMAINAN CATUR

         Saya telah memilih satu permainan online iaitu permainan catur, yang mana permainan catur ini boleh dimainkan secara free melalui online. Dimana dalam permainan catur ini saya dapat mengenalpasti interaksi model iaitu dalam permainan catur ini terdapat interaksi model seperti " MULTIPRESENT".

           " MULTIPRESENT" adalah  pemain boleh bertindak ke atas beberapa bahagian dunia yang berbeza pada satu-satu masa. Disamping itu pemain atau watak dalam permainan catur juga boleh menggerakkan mana-mana catur kemana-mana petak catur mengikut kesesuaian dengan keadaan semasa bermain. Antara jenis interaksi yang terdapat dalam permainan catur yang saya pilih ini ialah terdapat dua interaksi antaranya " you VS me" dan "me VS situation". Seterusnya pemain harus menyediakan perspektif untuk melihat pelbagai bidang yang boleh menukarkan oleh pemain apabila ingin bermain permainan catur ini.














COURSE ASSIGNMENT:

- GET INTO YOUR GROUP AND PURPOSE ONE MUTUALLY AGREED GAME IDEA
- ELOBORATE HOW THE IDEA CAN BE TURNED INTO A GAME USING TWO DIFFERENT TYPES OF INTERACTION MODEL

    Tajuk permainan dalam kumpulan saya ialah "LUCK". Dimana apabila saya sudah selesai berbincang dengan ahli kumpulan bahawa permainan yang kami ciptakan ini terdapat satu interaksi models iaitu interaksi models seperti "Avatar". Oleh itu watak pemain dalam kumpulan saya ialah pemain tersebut adalah Avatar, dimana Avatar tersebut mesti melawan dengan situasi. Oleh itu Avatar tersebut perlu menghadapi cabaran dengan pemain-pemain lain agar kad yang dipilih untuk dikemukakan kepada pemain lain di atas papan permainan tidak boleh sama dengan kad pemain lain.

Saturday, 7 July 2012

Tugasan Tiga



Choose an online game and list down the feedback element of the game.....


PLANTS VS ZOMBIES




         Saya memilih permainan 'Plants vs Zombies' . Dibawah ini saya telah senaraikan seberapa banyak mungkin mengikut kemampuan saya iaitu element maklum balas  yang terdapat dalam permainan 'Plants vs Zombies' yang saya main. Antaranya:

- Plants vs Zombies bagi saya cara bermainnya agar tercabar juga kerana kepekaan sangat perlu untuk mengelakkan Zombie memasuki ke dalam rumah. Saya mesti bijak mengatur plants di atas lorong untuk menembak zombie dan berjaya ke level seterusnya.

- Grafik Plants vs Zombies sangat menarik iaitu ada pelbagai warna-warni pada setiap jenis-jenis tumbuhan.

-Plants vs Zombies mempunyai banyak level apabila berjaya ke level seterusnya ia akan  menjadi semakin mencabar kepada saya.

- Zombie juga datang dalam pelbagai jenis yang mempunyai sifat-sifat tersendiri. Jadi saya perlu bijak dalam mengharunginya.

- Ganjarannya saya perlu bijak mengumpul banyak duit syiling dari zombie yang telah mati, manakala mata pula dari cahaya bunga matahari dan juga mendapat hadiah.






Friday, 6 July 2012

Tugasan Dua



Choose a game you dislike and analyse its game play type.


BUBBLE SAFARI

no preview

        Saya pilih permainan 'Bubble Safari' kerana ia merupakan salah satu permainan yang saya tidak suka bermain. Hal ini kerana bagi saya cara bermainnya agar susah dan membosankan. Pada saya Bubble Safari mula-mula bermain seronok tetapi kemudian saya terpaksa menunggu atau membayar untuk meneruskan permainan ini semula dengan level yang seterusnya. Disamping itu, saya juga perlu menjemput rakan-rakan saya untuk bermain bersama dan saling berkongsi tenaga, duit syiling, hadiah dan sebagainya. Hal ini kerana tenaga yang secukupnya sangat penting untuk bermain Bubble Safari pada peringkat seterusnya. Jadi saya terpaksa tunggu daripada rakan saya untuk mendapatkan tenaga balik. oleh itu, permainan Bubble Safari tidak begitu menarik minat saya.


no preview


Tugasan Dua



  
Name one of your games and analyse why did you have fun playing it.....


ZUMA
 
no preview


      Permainan yang digemari oleh saya ialah 'Zuma'. Saya pilih Zuma kerana permainan ini telah membuatkan saya seronok apabila bermainnya. Cara bermain Zuma sangat santai dan cabarannya agar tercabar juga kerana ia memerlukan aspek kelajuan, ketangkasan dan tahap penglihatan yang tajam amat diperlukan untuk bermainnya. Hal ini kerana, saya perlu menembak bola yang berbeza warnanya di atas landasan yang terus meningkat apabila level yang dimain semakin bertambah. Permainan Zuma ini sangat memerlukan strategi yang bijak untuk menembak bola yang berbeza warnanya. Disamping itu, grafiknya sangat cantik dengan bola yang pelbagai warna-warni dan landasannya agar tercabar. Selain itu objektif Zuma ialah untuk mendapatkan point yang tinggi dan mesti menghabiskan semua level. Maklum balas yang saya dapat semasa bermain Zuma ialah saya gembira apabila saya dapat selesaikan level demi level dengan point yang tinggi.


no preview