Saturday, 7 July 2012

Tugasan Tiga



Choose an online game and list down the feedback element of the game.....


PLANTS VS ZOMBIES




         Saya memilih permainan 'Plants vs Zombies' . Dibawah ini saya telah senaraikan seberapa banyak mungkin mengikut kemampuan saya iaitu element maklum balas  yang terdapat dalam permainan 'Plants vs Zombies' yang saya main. Antaranya:

- Plants vs Zombies bagi saya cara bermainnya agar tercabar juga kerana kepekaan sangat perlu untuk mengelakkan Zombie memasuki ke dalam rumah. Saya mesti bijak mengatur plants di atas lorong untuk menembak zombie dan berjaya ke level seterusnya.

- Grafik Plants vs Zombies sangat menarik iaitu ada pelbagai warna-warni pada setiap jenis-jenis tumbuhan.

-Plants vs Zombies mempunyai banyak level apabila berjaya ke level seterusnya ia akan  menjadi semakin mencabar kepada saya.

- Zombie juga datang dalam pelbagai jenis yang mempunyai sifat-sifat tersendiri. Jadi saya perlu bijak dalam mengharunginya.

- Ganjarannya saya perlu bijak mengumpul banyak duit syiling dari zombie yang telah mati, manakala mata pula dari cahaya bunga matahari dan juga mendapat hadiah.






Friday, 6 July 2012

Tugasan Dua



Choose a game you dislike and analyse its game play type.


BUBBLE SAFARI

no preview

        Saya pilih permainan 'Bubble Safari' kerana ia merupakan salah satu permainan yang saya tidak suka bermain. Hal ini kerana bagi saya cara bermainnya agar susah dan membosankan. Pada saya Bubble Safari mula-mula bermain seronok tetapi kemudian saya terpaksa menunggu atau membayar untuk meneruskan permainan ini semula dengan level yang seterusnya. Disamping itu, saya juga perlu menjemput rakan-rakan saya untuk bermain bersama dan saling berkongsi tenaga, duit syiling, hadiah dan sebagainya. Hal ini kerana tenaga yang secukupnya sangat penting untuk bermain Bubble Safari pada peringkat seterusnya. Jadi saya terpaksa tunggu daripada rakan saya untuk mendapatkan tenaga balik. oleh itu, permainan Bubble Safari tidak begitu menarik minat saya.


no preview


Tugasan Dua



  
Name one of your games and analyse why did you have fun playing it.....


ZUMA
 
no preview


      Permainan yang digemari oleh saya ialah 'Zuma'. Saya pilih Zuma kerana permainan ini telah membuatkan saya seronok apabila bermainnya. Cara bermain Zuma sangat santai dan cabarannya agar tercabar juga kerana ia memerlukan aspek kelajuan, ketangkasan dan tahap penglihatan yang tajam amat diperlukan untuk bermainnya. Hal ini kerana, saya perlu menembak bola yang berbeza warnanya di atas landasan yang terus meningkat apabila level yang dimain semakin bertambah. Permainan Zuma ini sangat memerlukan strategi yang bijak untuk menembak bola yang berbeza warnanya. Disamping itu, grafiknya sangat cantik dengan bola yang pelbagai warna-warni dan landasannya agar tercabar. Selain itu objektif Zuma ialah untuk mendapatkan point yang tinggi dan mesti menghabiskan semua level. Maklum balas yang saya dapat semasa bermain Zuma ialah saya gembira apabila saya dapat selesaikan level demi level dengan point yang tinggi.


no preview






Tuesday, 3 July 2012

Tugasan Satu..


PENGENALAN.


MMD 1033 PRINSIP REKA BENTUK DAN PERMAINAN

  Kursus ini menekankan asas reka bentuk permainan komputer, proses reka bentuk yang terlibat dalam pembangunan permainan komputer. Kursus ini adalah mengenai prinsip asas permainan seterusnya lebih spesipik kepada jenis dan gaya permainan komputer, idea-idea di sebalik pembangunan permainan, permulaan konsep untuk karekter, persekitaran, struktur dan mekanik permainan, peranan dan kemahiran yang baik dalam penghasilan permainan komputer.
 

Choose one of your favourite games, and dissect the game according to its structural elements.

Hai Dr Tan Wee Hoe dan kawan-kawan semua inilah pemainan yang digemari oleh saya.. Dibawah ini saya telah menceritakan sedikit sebanyak tentang permainan yang saya suka.

Snake III







1) Rule-based
- Peraturan yang terdapat dalam permainan ini adalah peraturannya tetap dan terhad untuk pemain. Antaranya pemain mesti bijak untuk menggerakkan ular untuk makan buah-buahan seperti epal, ceri dan pear.

2) Feedback driven
- Maklum balas yang terdapat dalam permainan ini ialah bagi pemain yang berjaya dapat makan banyak buah-buahan mereka akan mendapat markah yang tinggi. Sebaliknya pemain yang kalah mereka akan dapat markah yang rendah.

3) Goal-oriented
- Matlamat permainan ini pemain perlu bijak mengatur strategi untuk menggerakkan ular supaya dapat makan buah-buahan dengan elok seterusnya untuk mendapatkan markah yang tinggi.

4) Problems
- Masalah yang terdapat dalam permainan ini ialah pemain perlu menghadapi cabaran, misalnya pemain mesti peka apabila menggerakkan ular supaya ular itu tidak makan dirinya sendiri atau melanggar dinding permainan tersebut. Oleh itu apabila ular melanggar dan termakan dirinya sendiri permainan ini akan berakhir begitu. (game over)

5) Interaction
- Jenis interaksi yang terdapat dalam permainan ini ialah "single-player" (saya vs keadaan). Antaranya interaksi diantara pemain dengan komputer. Misalnya pemain berinteraksi dengan keadaan iaitu hanya peka menggerakkan ular dan tumpu untuk makan buah-buahan dengan baik agar tidak cepat mati dalam  permainan ini.

6) Representation
-Perwakilan dalam permainan ini adalah  konkrit kerana permainan ini bermain secara langsung iaitu  pemain mesti peka menggerakkan ular untuk makan buah-buahan dengan banyak untuk mendapat markah tinggi supaya tidak makan dirinya sendiri dan melanggar dinding permainan.