PENGENALAN.
MMD 1033 PRINSIP REKA BENTUK DAN PERMAINAN
Kursus ini menekankan asas reka bentuk permainan komputer, proses reka bentuk yang terlibat dalam pembangunan permainan komputer. Kursus ini adalah mengenai prinsip asas permainan seterusnya lebih spesipik kepada jenis dan gaya permainan komputer, idea-idea di sebalik pembangunan permainan, permulaan konsep untuk karekter, persekitaran, struktur dan mekanik permainan, peranan dan kemahiran yang baik dalam penghasilan permainan komputer.
Choose one of your favourite games, and dissect the game according to its structural elements.
Hai Dr Tan Wee Hoe dan kawan-kawan semua inilah pemainan yang digemari oleh saya.. Dibawah ini saya telah menceritakan sedikit sebanyak tentang permainan yang saya suka.
Hai Dr Tan Wee Hoe dan kawan-kawan semua inilah pemainan yang digemari oleh saya.. Dibawah ini saya telah menceritakan sedikit sebanyak tentang permainan yang saya suka.
Snake III
1) Rule-based
- Peraturan yang terdapat dalam permainan ini adalah peraturannya tetap dan terhad untuk pemain. Antaranya pemain mesti bijak untuk menggerakkan ular untuk makan buah-buahan seperti epal, ceri dan pear.
2) Feedback driven
- Maklum balas yang terdapat dalam permainan ini ialah bagi pemain yang berjaya dapat makan banyak buah-buahan mereka akan mendapat markah yang tinggi. Sebaliknya pemain yang kalah mereka akan dapat markah yang rendah.
3) Goal-oriented
- Matlamat permainan ini pemain perlu bijak mengatur strategi untuk menggerakkan ular supaya dapat makan buah-buahan dengan elok seterusnya untuk mendapatkan markah yang tinggi.
4) Problems
- Masalah yang terdapat dalam permainan ini ialah pemain perlu menghadapi cabaran, misalnya pemain mesti peka apabila menggerakkan ular supaya ular itu tidak makan dirinya sendiri atau melanggar dinding permainan tersebut. Oleh itu apabila ular melanggar dan termakan dirinya sendiri permainan ini akan berakhir begitu. (game over)
5) Interaction
- Jenis interaksi yang terdapat dalam permainan ini ialah "single-player" (saya vs keadaan). Antaranya interaksi diantara pemain dengan komputer. Misalnya pemain berinteraksi dengan keadaan iaitu hanya peka menggerakkan ular dan tumpu untuk makan buah-buahan dengan baik agar tidak cepat mati dalam permainan ini.
6) Representation
-Perwakilan dalam permainan ini adalah konkrit kerana permainan ini bermain secara langsung iaitu pemain mesti peka menggerakkan ular untuk makan buah-buahan dengan banyak untuk mendapat markah tinggi supaya tidak makan dirinya sendiri dan melanggar dinding permainan.
No comments:
Post a Comment